Hanya 2 langkah: mudah bersalin normal tak dijahit (free e-buku)

 

 

13 tips?! Tak perlu. Awak hanya perlu DUA langkah supaya bersalin tanpa dijahit (episiotomi) — tak koyak taak digunting. Belajar dari emak 3 hero 😉

 

Cara elak koyak atau digunting(episiotomi) semasa bersalin:

  1. Persediaan mental
  2. Masa meneran
  3. Info lebih lanjut di dalam ebook percuma di web maksotong.my

 

Saya dah beranak tiga kali.

Kelahiran pertama – digunting

Yang kedua & ketiga – tak koyak tak gunting.

Tengah tengok wayang percuma di kedai technologi

 

Terasa cacat

Saya tak pernah menangis dalam semua perjalanan kelahiran anak2 saya.

Sakit kontraksi bagaikan semua tulang dicabut? Tak. Tak menangis pun.

Jarum menusuk-nusuk kulit dan daging selepas melahirkan anak sulong? Ngiluuu dan sakit sangat.

Tapi tak nangis juga.

 

Buang air besar atau kecil? Pedih. Bimbang pula nanti terkoyak balik.

Bimbang juga bila bersama suami…takut sakit takut benang putus.

 

Tapi tak menangis juga.

 

Time Saya menangis sepuas-puas hati, awak…

adalah semasa saya tengok pet-pet saya (juga diketahui sebagai vagina. Nama glamer ialah Miss. V   :p )  di depan cermin.

 

Saya terasa… cacat. Bagaikan kehilangan sebelah tangan. Bagai kehilangan kawan baik selama-lamanya. 😅

 

Menyesal juga masa tu, sebab tak pernah nak lihat rupa sebenar pet-pet sebelum melahirkan anak pertama. True story. 😂😂😅

 

Jadi saya faham bila awak google “elak koyak dan digunting semasa bersalin”

 

Emak Kali Pertama

 

Untuk ibu bersalin kali pertama,

jangan bimbang, awak sedang berhadapan dengan seorang ibu yang berpengalaman (bangga jap..kejap ye.. … tengah bangga 😅)

Ilmu perkongsian saya di rekomen-kan oleh Fara Halim. Ini pos beliau di FB group KIMM (Kelab Ibu Mengandung Malaysia) :

 

 

 

Bersalin ni simple.

Untuk bersalin mudah, awak perlukan:

  1. Pengetahuan cara tenangkan diri dan timing meneran
  2. Tenaga untuk meneran — dari pemakanan & otot lantai pelvik.
  3. Semuanya ada dalam ebook percuma maksotong.my

 

Orang kata, kita berlajar dari kesilapan. Tapi saya fikir, kemahiran bersalin tanpa digunting atau koyak tu… saya terjatuh, tergolek, dan TERjumpa si-kemahiran ni.

 

Syukur. Ada jodoh dengan si-kemahiran bersalin ni…

(apa Aimi Ho merepek ni…)

Mari saya kenalkan awak pada si-dia:

 

Cara elak koyak atau digunting(episiotomi) semasa bersalin:

  1. Persediaan mental
  2. Tindakan untuk setiap fasa kontraksi
  3. Info lebih lanjut di dalam ebook percuma maksotong: Bersalin First Time Tanpa Koyak Atau Digunting

 

Saya tak amalkan petua apa2, ataupun pemakanan special.. Urutan perineum pun tidak.

 

Doa special? takde. doa biasa2 ja…

 

So apa rahsianya? Jangan angkat punggung?

Saya tak angkat punggung first time bersalin…tapi digunting juga…

 

Jadi? Apa dia?

 

11 tips? 7 tips? Minyak VCO?

Tak perlu susah2. Hanya dua langkah.

 

Belajar dari kesilapan saya.

 

Bersalin itu satu kemahiran dan

sangat simple langkah2nya.

Mari saya– seorang bekas cikgu– pimpin awak dalam perjalanan menarik ini 🙂

 

(E-buku percuma ada dibawah sekali)

Dapatkan e-buku Bersalin First Time Tanpa Koyak atau Digunting:

 

Nanti dibawah sekali, awak isi alamat email, dan saya akan bawa awak terus ke DOWNLOAD page 🙂

 

E-buku ini percuma.

Satu je saya minta dari awak, tolong tekan butang share di sebelah kiri skrin.

Tu je. Mudah kan?

 

Kenapa kena gunting (episiotomi)?

Kata Dr Adeline Peter  di laman web doktoroncall.com.my ,

 

doktor atau bidan akan gunting sebab nak tolong bayi keluar.

 

Bayi yang susah nak keluar– disebabkan saiz besar ataupun posisi badan yang tak berapa ngam dengan lubang exit :p — akan kekurangan oksigen.

 

Dan jika emak mengambil masa yang terlalu lama, kan bahaya… jadi kenalah digunting.

Kena gunting …lebih-lebih lagi kalau awak beranak guna alat bantuan ataupun kalau vagina tak kembang secukup untuk laluan baby ketika bersalin.

 

Fokus awak, baca balik:

Haaa,awak,  episiotomi boleh dielak kalau awak boleh meneran keluar baby tanpa alat bantuan

dan juga boleh bersalin dalam masa yang pendek.

 

 

Ini bermakna, awak perlu TENAGA dan KEMAHIRAN meneran pada masa yang betul.

 

Untuk teran dengan kuat dan seupaya otot2 uterus and otot lantai pelvik cepat bertindak, awak kena ada tenaga.

 

Dalam banyak2 tips di internet, DUA tips boleh diterima pakai dalam memastikan awak ada tenaga untuk cepat/mudah bersalin. 

Iaitu: senaman dan pemakanan.

Tengok video ni dan catat ya 🙂

<video here)

 

Senaman paling berkesan

Apa yang buat otot meneran awak bertenaga/ kuat?

Senaman kegel paling berkesan dalam menguatkan otot lantai pelvik (warna pink mendatar tu..) , iaitu otot yang diperlukan untuk meneran keluar baby,

 

 

Malah, konklusi ini didapati dari kajian saintifik di Egypt, seperti yang dikongsikan oleh Pakar fisioterapi, Hasanah Bari, di FB post-nya (klik)

90% wanita yang mengamalkan kegel tidak koyak atau memerlukan episiotomi.

Awak, hasil kajian yang paling mengejutkan adalah …

jeng jeng jeng…

 

Bagi emak yang tidak mengamalkan kegel…

 

TIADA langsung daripada mereka yang berjaya bersalin tanpa dijahit atau czer!

 

50% kena czer, 50% kena jahit.

 

Catat oiii:

  1. Amalkan senaman kegel mulai hari ini. 

Macam mana?

Caranya ada dibawah nanti. Terus skroll ya…

 

 

Emak first time wajib dipotong?

Ada emak2 yang cakap, first time mesti kena potong. Tapi berdasarkan apa kata Dr. Adeline, kena gunting ni sebolehnya dielakkan sebab ia lebih memudaratkan.

 

Maka, episiotomi sebenarnya bukan sesuatu yang wajib dikenakan semasa bersalin. (sumber)

 

Ada ke emak first time yang tak koyak dan tak digunting?

Hari tu saya tanyalah soalan ni kat FB group KIMM (official), ada je yang first time bersalin tak koyak tak digunting.

Hanya sedikit saja emak first time yang angkat tangan kat soalan tu…

Saya fikir, faktor utama kenapa kebanyakan emak baru kena episiotomi adalah kerana mereka terkejut bila rasa sakit yang amat sangat.

 

Yelah, tak pernah rasa sakit giler2… sekali kena, dah tak tahan…lepas tu terus kalut dalam bab meneran bayi keluar…

 

Emak yang dah berpengalaman, dan berjaya tanpa episiotomi, akan terus berjaya dalam kelahiran yang seterusnya dan seterusnya.

 

Ada ke emak yang babynya 3.5kg++ bersalin tapi tak episiotomi?

Soalan yang ini pun saya ada tanya kat group KIMM.

 

Ni mesti sebab minum VCO (virgin coconut oil), kan?

 

Dr.Imelda Balchin di pos FB beliau di sini(klik)

mengatakan bahawa minyak kelapa muda tidak terbukti memudahkan baby keluar lubang . hehe

 

Malah, beliau dengan yakin memberitau bahawa..

Penjagaan kesihatan sebelum bersalin memain peranan besar dalam memudahkan awak bersalin.

 

Iaitu, bersenam dan pemakanan mempunyai pengaruh besar dalah hal ini.

(Untuk baca lebih lanjut, KLIK sini)

 

Dalam e-buku percuma maksotong ni, hanya ada 3 cadangan makanan

… yang memberi tenaga banyak dan juga membantu mengelak sembelit…

boleh dimakan sebelum masuk Labour Room.

 

Download e-buku dibawah sekali.

 

Kenapa jahit episotomi sakit?

 

Kenapa rasa macam dijahit hidup-hidup? Takde bius ke?

(sumber)

Ada bius, tapi ia dalam kuantiti sedikit dan bius tu hanya diletakkan pada otot vagina.

Lebih2 lagi kawasan nak kena jahit tu banyak saraf, jadi masih rasa ngiluuuu. perit oo0oo.

Kenapa tak boleh letak banyak bius?

Sebabnya, bila banyak bius, kawasan kena jahit tu membengkak dan bila bengkak dah surut, benang mudah tertanggal.

Tak efektif la jahitannya..

 

Anyway, awak, mencegah lebih baik dari berubat, kan?

 

2 Langkah TERpenting

Dalam e-buku percuma ni ada dua langkah (atau tips) yang takde sesiapa beritau dimana-mana.

 

Dan dua langkah ni lah yang saya fikir paling penting sekali untuk elak koyak atau episiotomi.

 

Otot kuat tapi kalau timing meneran salah? Potong juga.

Posisi betul tapi main teran? potong juga…

 

Dalam ebook ini ada dua langkah terpenting selepas Senaman dan pemakanan betul. 

 

Dibawah sekali boleh download e-buku percuma itu.

 

 

Senaman Kegel

Senaman kegel ni best giler.

*masya allah, aimi…bahasa you tu…*

 

Kebaikan kegel:

  • menguatkan otot meneran semasa bersalin
  • mengetatkan faraj balik seperti anak dara
  • mengelakkan terkucil semasa bersin
  • Membantu dalam hubungan kelamin
  • Mengelak jatuh tombong atau organ lain

Cara buat:

1. Kemutkan otot pelvik seperti sedang menahan  kencing.

2. Tahan selama 3 – 5 saat.

3. Lepaskan dan rehat 3 saat.

4. Buat 30kali, 3 kali – dimana2 dan bila2.

5. Relax kan perut dan punggung bila buat kegel

macam mana nak buat kegel

Bila kemut tu, bagaikan tarik lif ke atas… bukan tolak kebawah ye 🙂

Awas! kalau silap buat, (tolak kebawah–silappp) nanti lain pula yang keluar nanti…

 

Untuk pastikan saya menggunakan otot lantai pelvik yang betul, saya guna alat Kegelmaster (gambar dibawah:)

Ia mempunyai spring di dalam, dan boleh dilaraskan mengikut kekuat otot awak.  nanti di dalam ebuku tu saya terangkan lagi pasal produk ni.

 

Senaman2 lain 

Ada ja senaman2 lain yang boleh kuatkan otot meneran tu :

 

 

KESIMPULAN

  1. Kali pertama bersalin boleh bersalin dengan mudah juga tanpa potongan.
  2. Saiz anak bukan penghalang bersalin tanpa koyakan atau episiotomi.
  3. Senaman kegel penting. (Cara buat kegel ada didalam e-buku percuma dibawah ni)
  4. Jaga kesihatan sebelum dan semasa mengandung
  5. Pemikiran kena betul.
  6. Timing meneran kena betul.
  7. Share post untuk download ebuku percuma.

 

Sharing is caring

Tolong share page ini di FB

sebelum isi alamat email dibawah ni…

 

Asalkan awak share, saya halalkan buku ini percuma untuk awak…

Insha allah boleh bersalin x koyak x digunting 🙂

 

tak kisah lah kalau awak nak share dengan mesej “boleh percaya ke ni?” ataupun “hmmm…insha allah boleh.”

 

 

 

Isi bawah ni:

*wajib isi