3 barang atau hadiah untuk baby dan ibu baru yang wajib dibeli

Hari tu Pos Laju boleh pula corner-baring barang belian saya…

Call pun tidak, surat pun takde, tetiba hantar balik barang ke seller. =.= .

 

Tapi,awak, Shopee hantar balik, free shipping! Bayaran diorg cover.

 

Customer service SHOPEE tip top!

 

Saya paling suka shopping online kat Shopee App (cari guna Google Playstore).

Sukaaaa sangat2.

Sebab?

Satu: banyak pembeli tinggalkan review dan rating. Jadi nak beli dari penjual pun rasa lagi selamat.

 

Awak tau kan, belian RM30 dan ke atas = free shipping? Tu lagi satu sebab i LOVE Shopee.

Okaylah, hehe…

Saya nak kongsilah ye…berdasarkan pengalaman sebagai emak beranak 3 orang,

3 hadiah yang betul2 diperlukan ibu baru, tahan lama dan disukai ramai.

 

Semua barang kat bawah ni boleh dapat kat Shopee App

Guna code ni untuk potongan RM7 dari belian pertama awak 🙂 CIKGU298 (KLIK sini)

 

 

 

 

 

 

Dalam post ini:

  • 3 belian yang tahan lama dan berguna : mahal dan murah
  • 3 barangan bayi yang membazir duit awak

Kan seronok kalau barang yang dibeli kita berguna bertahun-tahun; turun-termurun ke anak2 kedua, ketiga, dan seterusnya.

Jangan lupa share post ini dan tag nama ehem-ehem 😂😁😀

 

Beli yang ini (barang mahal dulu k..)

Untuk ibu pertama kali bersalin…first time mom la katakan…

 

1) Tempat duduk anak di dalam kereta (baby car seat)

Mamakiddies Infant Baby Carseat

sesuai untuk baby baru lahir hingga 4tahun

RM 154.90, rating: 4.9/ 5 bintang

Kenapa beli ini? Malang tak berbau. haaa faham2 je lah ye.

Kebaikan: 1. keselamatan anak terjamin. 2. Boleh guna turun-temurun sampai ke cucu cicit.

RM38.73/ setahun …selama 4 tahun. (Kalau lebih enam tahun digunakan..haa murah lagi lah untuk setahun. BERBALOII)

Cara pilih dan guna baby carseat:

Untuk anak 1bulan — 3 tahun, pastikan kerusinya begini:

Kredit gambar: momsxyz.com

 

Kenapa Posisi belakang menghadap ke depan?

Bila kereta berlanggaran nanti, impak pada badan anak adalah lebih kecil berbanding dengan posisi kehadapan. Tengok video ni. Satu minit je 🙂

 

 

Saya syorkan yang ini:

Mamakiddies

Infant Baby Carseat

sesuai untuk anak 1kg-15kg,

RM 154.90

rating: 4.9/ 5 bintang

Guna code ni untuk potongan RM7 dari belian pertama awak :) CIKGU298 (KLIK sini)

2) Hadiah berbaloi ke-2 : Pam Susu Badan (breast pump)

 

Pam susu Lacte

 

Bukan saya seorang tapi kebanyakan emak pertama kali juga alami masalah yang sama : bayi susah nak hisap keluar susu, lepas tu...adoiii bengkak susu!

Bila lahirkan anak kedua dan ketiga, senang je  saya bagi susu badan... Tapi kali ni pula terlampau banyak susu dihasilkan, bayi pula banyak tidur. Alamak!

Back to the pam susu badan!

 

Pam susu elektrik Lacte

 Pam susu elektrik Lacte ini mempunyai rating yang tinggi. 5 bintang dan ia juga mendapat testimoni peribadi Dya Mohamad. Yang bestnya blogger tu siap buat perbandingan dengan pam susu lain.

 

Harga di Shopee: RM349 

Seller yang ini siap beri (percuma) ice-paci, cooler bag, 4 botol susu, 10 breastpad dan ice-brick.

 

.

Pam susu manual

Haaa, awak tau tak? entah macam mana, pam susu elektrik saya rosak selepas 5 tahun . Saya tak simpan betul-betul agaknya... terpaksa pi beli pam susu manual dan...

 

Mula-mula beli pam susu manual Pureen. Lepas tu beli pam susu silicon jenama OEM. Aik...

Elak kena tipu dengan tonton video review takde tapis-tapis dari saya :) Setakat ni 2.1k orang dah tonton. Siap ada penonton lepas geram kat bahagian comment tu. Bangga sat. :p

 


Mana nak dapat Pam manual? Di sini.

Harganya RM4.90,

rating: 4..9. 

 

 

3) Hadiah berbaloi ke-3: Baby carrier (alat mengendong)

<bila perlu digunakan, kebaikan (with link), and then link to types of carrier (which is the best)>

 


 

Hadiah yang membazir duit

dan juga hadiah berguna yang murah:

 

Jangan beli:

X Bantal and tilam kecil untuk bayi
Sebab: -bayi cepat membesar dan kebanyakan masa bayi akan tidur di katil emak ayah, di dalam buaian ataupun dikendong.

- Bantal besar lebih praktikal daripada yg kecil molek tu...untuk dijadikan penghadang supaya bayi tak tergolek jatuh katil.

Sebaliknya, beli ini:
✓Tub mandi (boleh diguna sampai bertahun-tahun)

 

Besen mandi Ikea

harga: RM30
Review dan rating: 4.9 /5 bintang

Beli di sini (KLIK)


 

Jangan beli:

X Kasut dan stokis bayi

Uiihhhh bahaya niii. Comel giler tapi membazir duit je beli. (emoticon here)

Sebab: - Malaysia panas; kaki gemuk bayi berpeluh.

- Bayi cepat membesar

 

Sebaliknya beli ini:

bib

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amat berguna untuk air liur meleleh dan masa menyuap bubur nanti.

harga: RM1.19

 

Jangan beli:
X beg kecil untuk bayi umur setahun

sebab: - takde guna walaupun comel.
- kesian anak kecil kena angkat beg.

 

Sebaliknya beli ini:
beg diaper untuk si-emak

harga: RM30 - RM100

 

 

Konklusi:
Jangan terpedaya dengan barang bayi yang comel.

Barang yang berbaloi dibeli adalah:
yang mahal
-car seat
-ring sling
-pam susu

yang murah
-tub mandi bayi
-bib
-beg diaper untuk emak


Guna code ni untuk potongan RM7 dari belian pertama awak :) CIKGU298 (KLIK sini)

 

Baca: Baby carrier yang sesuai untuk surirumah dan bahaya mengguna baby carrier yang murah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *