Best ke ada anak kecil? Dugaan dan hikmahnya…

 

Dulu, baru-baru kawin.. sambil baring-baring… saya bersuara,

“Mau anak tak, bang? Jom!” Tanya saya pada suami.

“Ok, jom!” Jawab suami. (Jom pergi supermarket…beli anak. :P)

Kalau saya tahu awal-awal….

bagaimana sakitttt nye melahirkan anak,

5 derita lepas bersalin (klik) ย dan

stress nya menjaga anak-anak kecil,

agak-agaknya sampai sekarang ni saya masih takde anak lagi kot…

 

 

Nasib baik saya tak tahu masa tu. Hehe.

“Bestnye ada anak… Comelnya!!! Geram!”
Haa.. yang tu gambar anak sulong saya ketika umur dua tahun. Comel ek?
Ye, bayi dan anak-anak kecil memang comel. Rezeki dari Tuhan.

 

Tapi apa yang mak nenek tak beritau adalah

 

anak juga satu tanggungjawab yang sangat berat dan sangat mencabar kesabaran.

 

Bagaikan masuk kem motivasi di tengah hutan.

 

Kenapa takde orang beritau hal ini pada emak-emak baru?

Mengetahui fakta ini akan menolong anda bersiap sedia…mental dan emosi.

 

1) Bayi dan anak-anak kecil sentiasa memerlukan perhatian

Setiap minit, setiap jam.

Ketika saya sedang tidur di waktu malam, pintu diketuk..

“mummy! mummy!”

Oh, tak, mereka tak panggil dengan sebegitu sopan.

Sebaliknya, Adam ataupun aman akan menjerit menangis melalak keriau… haaa macam tu lah.

 

Bila saya sedang buang air besar juga, akan diketuk-ketuk pintu, “Mummy, I want cartoon!”

 

…atau saya sedang seronok korek hidung. Air tertumpah…atas karpet!

 

Bila saya dah ada anak,

semua aktiviti saya lakukan dengan pantas.

 

Makan? Dulu setengah jam, sekarang 10 minit sudab habis sebelum bayi bangun.

Bayi ni, puan, ada pengesan sensor.. dia tau-tau ja bila punggung kita tersentuh kerusi

dan saat air liur kita menitik melihat lauk terhidang.

Terus dia nangis. –.–

 

Berak? Uiii…seminit. Lepas tu bahagian kedua sambung 2jam kemudian…

 

Tengok abis satu movie? Dua hari.

Pakai makeup? Sebelah muka je sepanjang hari.

 

Baby kecil pula nak berkepit dibawah ketiak emak… kalau boleh, nak 24 jam. Kalau awak jenis yang nak buat semua kerjarumah dan online bisnes dalam satu hari, ataupun

 

tak senang hati bila duduk main dengan anak sepanjang hari,

 

alat kendong ring-sling maksotong boleh membantu…sebagai tangan ekstra awak ๐Ÿ™‚

Yang positif nya:

+ Hidup awak dah tak boring.ย 

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…

 

2) anak-anak kecil tak comel semasa mereka keriau.

Nampak macam gempak bumi dan taufan ada lah.

Teriaknya macam dunia dah kiamat. Boleh buat maknya sakit jiwa.

Masalah kecil dibuatnya macam masalah Gozilla datang melawat Jepun.

Pada masa tu jugalah saya fikir, "Alangkah baiknya aku bujang sekarang ni" dan membayangkan diri mencekik anak kecil.

"Sabarkan lah aku, ya Allah."

huhu Lepas anak menangis, saya pula menangis.

โ€‹Pernah tak puan menangis di ofis? haaa... mak surirumah lagiiii lah banyak menangis. haha

Yang positifnya: Awak belajar untuk jadi lebih tenang menghadapi stress. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 

3) Ucapkan selamat tinggal pada tidur nyenyak anda.

Sejak saya ada anak (tahun 2012) dan sampailah sekarang (2017 + 3tahun lagi), waktu tidur saya tunggang-langgang.

 

Tak pernah 5 jam berterusan tanpa diganggu. Tidur petang pun tidur ayam. Kadang-kadang memang tak sempat tidur petang.

 

Tidur pukul 11p.m., bangun pukul 12a m., terjaga balik pada pukul 3a.m. kemudian pukul 4am... Kemudian terjaga balik pada pukul 6a.m. Sebab? Sebab melayan kerenah anak sulung dan anak ke-2 pada waktu malam... Tak tau lah macam mana pula bila bayi menyertai keluarga nanti.

Yang positif nya: Awak lebih menghargai masa bersendirian ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

4) Bayi dan anak kecil tak ikut peraturan dunia

Kertas ada...tapi dinding dan kerusi meja juga dicontengnya.

Gril tingkap? Dipanjat macam spiderman.

Lecak air? Ouhhh kena lompat dan pijak ni!

Yang positif nya: Awak banyak gelak dan mempunyai memori2 lucu.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

 

5) Badan anda akan berubah.

Selain menjadi gemuk ketika mengandung, (atau kekal gemuk selepas itu...ย Klik siniย untuk baca bagaimana menjadi emak gemuk), kemungkinan anda akan ada parutย di perut.

Ataupun size kasut anda akan bertambah dan kekal besar.Kaki comelku ketika pengantin baru...

 

wahh wahh wahh Kasut kawin saya...saya dah tak muat, sekarang macam kaki katak. Secara logiknya, kaki membesar adalah untuk mak buyong jalan dengan lebih stabil.. macam penguin.

Bengkung kaki macam orang China dulu2 tu pun tak akan berubah jadi kecil dah. :__(

 

Ataupun mengalami kejatuhan organ seperti rahim jatuh (saya pernah huhu), pundi kencing jatuh ataupun rektum dan usus jatuh. Contoh bacaanย di sini.

Warna beberapa bahagian badan anda juga mungkin berubah menjadi lebih gelap. :,( Saya makin pucat ada laa..

Apa lagi yang berubah? haa, tetek. Macam air laut pasang surut. haha

Pasang surutnya bergantung kepada kandungan lemak dan susu badan.

 

Salah satu Kesakitan lepas bersalin adalah masalah bengkak susu... Kat page ini ada penyelesaiannya.klik sini :)

Yang positif nya: Hidup ini sungguh menarik. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 

Apa lagi yang mak nenek dah beritau awak tentang dunia keibuan? kongsi sikit kat bahagian komen :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *