Elak 5 Kesakitan Ini Lepas Bersalin

 

Dari kanan ke kiri: Adam, Adil, saya, dan Aman.

Saya sudah beranak tiga kali. Macam-macam derita saya dah rasa. Derita/ sakit lepas bersalin yang… saya fikir kita boleh elak jika ada ilmu pengetahuan. 🙂

 

Dah lah baby perlukan banyak perhatian, kan elok kalau kita cepat sihat dan kuat balik…

 

Jadi, meh saya kongsikan ilmu tu bersama awak :

##

5 Kesakitan Lepas Bersalin yang Boleh Dielak:
1) Sakit bengkak susu
2) Rahim jatuh/ tombong
3) Keguguran rambut teruk

4) Sembelit Ngeri dohhh

5) Kemurungan awan hitam

###

Ringkasan cara elak semua ini ada dibawah sekali..

 

Semua tips …

tak lengkap jika awak tak tau cara bersalin tanpa digunting perineum.

 

E-buku Bersalin first time tanpa koyak atau digunting boleh didapati secara percuma 🙂

 

Tengok di menu atas sekali tu, awak 🙂 Tekan menu “PERCUMA”

 

5 Derita Lepas Bersalin Yang Boleh Dielak:

1) Sakit bengkak susu

 

 

Aih… Bila kita dah jadi emak,awak… Sumber susu anak kita ( saya malu nak sebut “tetek”) macam kena petir lalu bertukar menjadi mutant X-man.

 

sekejap Hulk hijau,

 

 

 

sekejap Bruce Banner

 

 

 

Lepas tu jadi macam Mr. Fantastic Four. 🙁

 

Lepas tu berubah macam cuaca.

Ni saya cakap berdasarkan pengalaman lah ye.

Haa, memang! Saya tak tau malu.

Setiap wanita yang nak bersalin kena bermuka tebal.

 

Shy Cat dari 123RF

Kalau malu2 kucing, alamatnya baby akan duduk dalam rahim sampai umur dua tahun.

 

Minggu pertama baby saya memang perit.

 

 

Baby sulongku tak boleh nak dapat susu badan dan jururawat terpaksa bagi susu formula.

 

Sampaikan ada jururawat yang betul2 kan “botol susu” baby sulong. Faham2 je la…

Malu, frust, sedih, stress giler2..semua saya dah rasa. Huhuhu.

 

(baby pertama tak dapat susu …kemungkinan besar sebab puting ibu pertama leper 😂😂. puting dara lagi. )

 

Tapi nasib baik suami saya pandai.

Dia belikan pam susu elektrik.
Hari ke-tiga kami guna.

 

Pam susu Lacte

 

Pam susu elektrik Lacte ini mempunyai rating yang tinggi. 4.5/5 dari 28orang di Lazada dan ia juga mendapat testimoni peribadi Dya Mohamad. Yang bestnya blogger tu siap buat perbandingan dengan pam susu lain.

 

Harga di Lazada: RM345

Seller  ini siap beri (percuma) ice-pack, cooler bag, 4 botol susu, 10 breastpad dan ice-brick.

 

(*untuk ibu pertama saya syorkan beli yang elektronik. kalau nak yang paling murah: beli pam tangan. Review ada dibawah kenap lagi. 🙂 )

 

 

Tapi yang keluar bukan susu putih satu cawan…Susu yang keluar tak sampai 100ml… Dan berwarna kuning. Erk?

 

Gambar dari mamanutural.com

 

Kebanyakan emak pertama akan bimbang tak cukup susu. Mula lah campur dengan susu formula..Mula lah fikir nak beli milk booster….

 

 

Sebenarnya, awak tak perlu bimbang bila susu minggu pertama kuning dan sedikit.

Sebabnya: bayi baru lahir berperut kecil dan akan kerap minum (dan berak dan minum dan berak dan *ulang lagi x10)

Susu berwarna kuning pula sebenarnya kolustrum.

 

 

Apa itu kolustrum?

Dari wikipedia:

“Kolostrum adalah susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu dalam tahap akhir kehamilan dan beberapa hari setelah kelahiran bayi.

Kolostrum manusia dan sapi warnanya kekuningan dan kental.

Kolostrum penting bagi bayi mamalia (termasuk manusia) karena mengandung banyak gizi dan zat-zat pertahanan tubuh.

Kolostrum (IgG) mengandung banyak karbohidratprotein, dan antibodi, dan sedikit lemak (yang sulit dicerna bayi).

Bayi memiliki sistem yang belum sempurna, dan kolostrum memberinya nutrisi dalam konsentrasi tinggi di seiap tetesnya.

Kolostrum juga mengandung zat yang mempermudah bayi buang air besar pertama kali, yang disebut meconium.

 

Karakter kolostrum ini sangat bermanfaat unntuk membersihkan tubuh bayi dari bilirubin, yaitu sel darah merah yang mati yang diproduksi ketika kelahiran.”

Perlu ke campur susu formula ?

Tak perlu.

Jangan bimbang pasal susu tak cukup. Selagi awak tak stress giler2 ,

tetapi kerap susukan baby,

dan tak bagi susu formula pada baby,

selagi tu susu akan cukup. 🙂

Sampai bayi dua tahun. Insha allah.

Ada sebabnya wanita mengandung selalu lapar … dan lepas tu jadi gemuk.

Sebabnya: lemak yang dikumpul ketika mengandung akan ditukar menjadi…

jeng jeng jeng…

susu untuk bayi!

Magik, kan? 😂😆

Ini saya selepas abis pantang: Baby lebih kurang 3 -5 bulan.

 

ini pula saya selepas 6 bulan -1tahun setengah…

 

 

Takut tak cukup susu?

Tak perlu beli milk booster.

Asalkan awak makan bila lapar dan selalu minum air…. dan susukan anak selalu…susu akan cukup. 😉

Jangan bimbang.

Sebaliknya, pada 6 bulan pertama selepas bersalin, tetek awak (ops! omg) kemungkinan besar ehem… akan jadi terlalu penuh dengan susu…

Besar macam belon nak meletup,

keras macam batu

dan sakit macam berak keras. 😱💩💩

Haa, dengan bahasa sopannya, keadaan ini dipanggil sebagai “bengkak susu”. 😜

Jika dibiarkan, awak boleh jatuh demam.

Lepas tu kena marah dengan missy missy…

 

Adui. Nak buat macam mana dengan sakit bengkak susu?

Sebelum beranak, pastikan awak ada pam susu…elektrik boleh. pam manual pun boleh.

Sangat2 membantu 👍.

Pam susu manual

Haaa, awak tau tak? entah macam mana, pam susu elektrik saya rosak selepas 5 tahun . Saya tak simpan betul-betul agaknya… terpaksa pi beli pam susu manual dan…

 

Mula-mula beli pam susu manual Pureen. Lepas tu beli pam susu silicon jenama OEM. Aik…

 

Elak kena tipu dengan tonton video review takde tapis-tapis dari saya 🙂 Setakat ni 2.1k orang dah tonton. Siap ada penonton lepas geram kat bahagian comment tu.

 

 

 

 

Derita #2: organ dalam jatuh keluar

Kisah benar.

Demi kebaikan awak, saya bermuka tebal dan kongsikan pengalaman ini.

Ready?

Kelahiran anak kedua saya memamg normal. Takde kena gunting ke vakum ke...

Saya siap boleh panjat turun katil macam anak dara.

 

 

Tapi silap nya saya pada masa itu...

adalah saya terus nak buat kerja rumah dan angkat barang berat-berat.

 

Kesilapan yang ke-2 pula:

tukang urut silap urut. Dia urut dari atas  rahim tarik ke bawah.

Kononnya nak tarik keluar darah dan isi kotor keluar...

😖😧😢☹️😭

Lepas urut je, saya rasa macam ...ada buah mangga nak terkeluar dari vagina.

😬🤯

 

Tiga kali kot saya pergi mengadu kat doktor (3orang). Semuanya kata tunggu dulu... tunggu 6 bulan lagi. :( Sebab mungkin badan tak sembuh lagi lepas beranak...

 

Saya kesakitan kat bahagian pelvik, bahagian bawah tulang belakang dan juga disekitar bawah celah kangkang...aihhh.

 

Sementara menunggu masa berlalu, saya buat kajian guna google...

 

Hmm, Sakit pelvik dan bahagian bawah tu ada kaitan dengan Diastasis recti.

Maksudnya, salah satu sebab sakit pelvik ialah bahagian otot2 bahagian abs (dekat perut) lemah dan mempunyai pembahagian besar di tengah2 perut:

 

 

Otot2 tersebut regang selama mengandung dan kini lemah longlai...

Cara periksa jarak pembukaan otot tersebut:

 

Nota penting buat awak: wanita lepas bersalin disarankan jangan buat senaman sit-ups dan juga nooo kepada plank.

 

Senaman ini kemungkinan besar akan melaratkan kes perut buncit...sebab: otot sekitar perut dan bawah perut terlalu lemah setelah regang hampir 9 bulan.

 

Abis tu senaman apa yang sesuai? Ada dibawah kejap lagi :)

 

Sambil2 buat research, saya juga nak tau lah kan rupa kat bawah tu...lepas bersalin.😟😬

 

Jadi sekali tu, lepas pantang rasanya... saya duduk kangkang dengan cermin dibawah. Nak tengok lah kan...

 

*curiousity killed the cat*

*I died*

 

Gurau je.

Yang jarang tengok kemaluan sendiri, baik berkenalan dengan anggota badan awak tu...sebelum beranak.

 

Share post ini di FB,

pergi bertegur sapa dengan miss. V,

datang balik baca k? Saya tunggu you.

 

Apa yang saya nampak...adalah tombol rahim hampir2 nak terkeluar dari vagina.

😭

Kanser pada pintu rahim. Saje nak tunjuk..

Tapi masa tu saya jahil.

Saya ingatkan yang bertitik hitam di permukaan licin tu lubang vagina.

 

Ada juga wanita yang fikir itu lubang air kencing .

 

*jom tepuk dahi ramai2*

 

Tak. Tu pintu rahim.

 

Maknanya, awak...

otot lantai pelvik saya lemah + tarikan tukang urut 😤😤😤 yang salah = jatuhnya rahim saya. (tombong)

 

Dalam bahasa Inggeris nya: Uterus Prolapse.

 

Nanti dibawah ...saya akan beritau cara saya selesaikan masalah tombong (rahim jatuh).  😘

 

Otot lantai pelvik ni adalah otot yang

 

menampung tiga organ dalaman kita, iaitu:

  1. pundi kencing
  2. rektum
  3. vagina

Bila otot lantai pelvik lemah, vagina juga boleh terasa longgar.

 

Lepas tu mula lah kita dengar desakan2 penjual2 jamu...untuk ketatkan vagina lepas bersalin.

 

"suami dah tak sayang, nak cari lain bla bla bla"

 

Pasal Jamu Ketatkan Vagina2

Yang ni pun saya dah buat kajian secara online. Saya minat membaca :)

 

Jamu2 yang mengetatkan vagina ni, awak... ia mengandungi Manjakani.

 

Apa itu Manjakani dan bagaimana ia berfungsi?

Ini manjakani:

 

 

Ia adalah sesuatu "kebengkak-an" yang terhasil daripada gumpalan daun2 tumbuhan...

selepas daun2 pokok tu di sengat oleh tebuan...untuk dijadikan sarang.

(sumber ilmu)

Manjakani mengandungi asid Gallic, asid Tannic dan asid Ellagik

 

Asid2 ini mengecutkan, mengeringkan dan menipiskan sel2 lapisan pertama vagina.

(sumber ilmu)

Maka, si pengguna akan fikir ia berkesan tapi...

 

si suami mungkin akan rasa seperti encik Shahampang kat forum ni:

 

Cara yang lebih efektif untuk ketatkan balik Vagina...

dalam jangka masa panjang adalah senaman otot lantai pelvik.

Bila otot lantai pelvik kuat kembali, bukan sahaja kita dapat elakkan

  • vagina longgar
  • asyik terkucil bila batuk

 

malah ia dapat mengelakkan kejatuhan organ dalaman (rahim/pundi kencing/ rektum) -- organ prolapse.

 

Mencegah lebih baik dari merawat.🙂

 

Cara mencegah tombong atau kejatuhan organ lain: (sebelum bersalin)

  • Senaman otot lantai pelvik (kegel) (youtube: "pelvic floor exercises")
  • senaman Core Abs yang selamat (youtube "safe core exercises")
  • senaman squats

 

 

Cara saya merawat tombong

Alhamdulillah. Nasib baik saya tak perlu operation. Ini kaedah saya rawat sendiri bila organ jatuh....

 

Awak boleh cuba kaedah ini dulu kalau ada masalah tombong.

 

1) kuat kan balik otot2 sekitar pinggang dan perut...(youtube "safe core exercises" dan juga "exercises for diastasis directi"

2) Terbalik kan diri supaya graviti bumi menarik balik organ ke tempat asal. Buat beberapa kali sehari, setiap hari...

Benda ni ada di taman2 rekreasi..bahagian senaman. 😉

 

 

 

3) Senaman Kegels untuk kuatkan otot lantai pelvik.

Saya guna alat ini: google "kegelmaster"

Alhamdulillah, saya dah tak sakit pelvik dah.

 

Semasa mengandungkan anak kedua--Aman,  saya dah mula senaman2 diatas bila tahu diri ini mengandung.

 

Sebab dah insaf.😅

 

Dah share blog post ini di FB? Nanti boleh sambung baca bila2. :)

Tag kawan sekali untuk manfaat sama2.

 

 

Derita #3: Botak sebab keguguran rambut teruk

 

Semasa  baby sulong, Adam, nak masuk enam bulan, saya gugut rambut yang terlalu banyak. Sampai botak di atas kepala ni.

 

Keguguran rambut yang biasa adalah sebanyak 50-100 sehari.

Adalah normal untuk wanita mengandung melalui fasa rambut lebat...dan kemudian gugur banyak lepas beranak.

 

Wanita mengandung mempunyai hormon estrogen yang tinggi, lalu rambut sentiasa berada di fasa memanjang/rehat.

 

Tapi lepas beranak, hormon estrogen menurun ke peringkat normal, lalu rambut2 mula memasuki fasa tanggal.

 

 

 

Apa yang tak normal adalah bila keguguran rambut teruk sehingga botak.

 

Saya pernah botak seperti dalam gambar ni:

 

 

Jadi, saya pun rajin lah mencari sebab dan penyelesaiannya. Ada dibawah kejap.lagi :)

 

Selain hormon, faktor2 lain juga menyebabkan keguguran rambut yang teruk

Antaranya ialah:

  1. Pemakanan
  2. kestabilan mental emosi
  3. tindak balas kimia dari treatment rambut di salon.

 

Faktor keguguran rambut dan cara elak:

1) Pemakanan

Bila ibu menyusukan bayi, nutrisi2 yang diperlukan bayi akan diambil dari badan ibu tersebut...

Dan jika ibu itu kekurangan nutrisi tertentu, kesannya akan jelas nampak pada tubuh badan si ibu.

Keguguran rambut yang banyak mungkin juga disebabkan kurangnya (satu atau lebih...)

- zinc
-protein
-zat besi

Jadi, kalau awak tetiba botak, cuba lebihkan suplemen di atas tu...

Nak tau makanan apa yang tinggi dalam nutrisi di atas? Klik sini: Makanan Untuk Cepat Sembuh Lepas Bersalin.

 

😄Dah share blog post ini di Facebook? Nanti boleh sambung baca lagi 😄

 

Faktor keguguran rambut
# 2) Kestabilan mental dan emosi

Tekanan hidup yang berpanjangan boleh menyebabkan botak.

Waktu saya mula keguguran rambut, saya memang stres setiap hari.

Sebabnya: suami saya jenis yang pentingkan kekemasan rumah

dan pada waktu itu dia berfikir semuanya akan berfungsi seperti dahulu (sebelum baby keluar)

 

..tapi saya pula susah nak siapkan kerjarumah bila baby sulong nak berdukung ja, kerap minum susu dan senang terjaga.

Bila ditinggalkan, baby akan menangis. Hati saya pun turut menangis.

Saya pula masa tu ...nak siapkan macam2 tugas.

Semuanya nak buat hari tu juga... "high achiever" lah kata omputih.

 

 

Nota untuk ibu dan bapa baru:
Relax.

Buat enam bulan pertama baby, baby perlukan banyak perhatian dan kasih sayang.

 

Biasalah bila rumah tak terurus sedikit. Lagipun ibunya masih perlu masa untuk sembuh sepenuhnya. Betul tak?

 

Tapi kalau si ibu memang perlu kan kedua-dua tangannya untuk bekerja, boleh lah guna Ring-sling Maksotong untuk memeluk bayi.

Nak shopping barang dapur senang, nak buat part time bisnes pun senang...baby pun happy.

 

Faktor keguguran rambut

#3) Pengaruh kimia di salon rambut.

Dah lah stres, saya makan pun simple2 takde sayur...perubahan hormon, tambah lagi pada masa tu juga saya pergi luruskan rambut (hair relaxer).

(sumber ilmu)

 

Perwarna rambut dan pelurus rambut mempunyai bahan kimia yang-- jika tidak digunakan dengan betul -- boleh membakar sel2 kulit kepala, lalu merosakkan akar2 anak rambut.

 

Cara elak botak:

1) Seboleh2nya jangan buat apa2 hair treatment selepas bersalin.

Tunggu dulu bila anak dah umur setahun.

 

2) Semasa pantang, ataupun sebelum melahirkan anak -- sapukan minyak campuran pada kulit kepala, biarkan sekurang-kurangnya 1jam.

 

Sebab dah serik botak,

saya dah bersiap sedia dengan minyak campuran D.I.Y (buay sendiri) untuk pantang no#ke-2 (anak kedua).

 

Minyak campuran tu terdiri daripada:

 

minyak kelapa, minyak jarak, minyak zaitun, minyak mustard dan minyak amla.

 

Minyak2 ni boleh didapati di kedai2 india.

Saya pakai minyak campuran ni semasa pantang, lebih dari 6 jam. Setiap hari.

 

Akibatnya: banyak anak rambut tumbuh. Mantapppppp...

 

 

 

 

Derita Lepas Bersalin #4: Sembelit Ngeri Dohhh

 

First time melahirkan anak, saya kena gunting kat perineum tu... duduk sakit, diri pun sakit, nak buang air ngilu...buang air besar pun rasa takut...

 

takut terkoyak balik.

 

Tapi sampai sembelit kaw kaw takde la...

 

Walaupun saya faham perasaan takut nak membuang tu, saya takdelah sampai macam blogger Shazlin -- beliau tahan berak sampai satu hari tu... rasa nak membuang dah hilang.

 

Hinggalah bila nak buang air besar, berjam-jam teran macam nak beranak....sampai berak berdarah.

 

Puan Shazlin kongsi kat blog dia: doktor kata tahap paling teruk ialah bila usus najis (rektum) terkeluar sekali. 😐😮

 

Untuk bahagian derita #4 ni, puan Hanim akan kongsi dengan kita cara elak sembelit.

 

Syhrol Hanim binti Mohamed Farook,
agen sah Shaklee

 

Sembelit ni adakalanya dah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu yang berpantang.
Seolah seperti night mare yang menggangu. Adakalanya, sampi takut nak membuang. Takut sakit perit dan luke jahitan mungkin terbuka.

Disini Hanim kongsikan tips-tips mencegah sembelit untuk beberapa bulan selepas bersalin.

- 1. Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda, dan pergilah buang air apabila terasa. Jangan tunggu lama-lama. Bila terasa hendak membuang teruskan.

- 2. Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit. Ini termasuk sesetengah pil penahan sakit seperti codeine, jadi tanyalah doktor anda.

- 3. Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minum lapan hingga 10 gelas air sehari.

Walaupun pesan orang tua, jangan minum air yang banyak. Tapi perlu diingatkan kita memerlukan air untuk menghasilkan susu badan dan juga untuk kegunaan dalaman badan kita.

Sebaiknya minum air suam panas.
Itu yang terbaik. Memudahkan lgi kiya untuk melawaskn proses pembuangan.

4. Jangan lupa buat senaman ringan setiap hari.

5. Amalkn pemakanan seimbang.

Kebiasaannya doktor akan berikan ubat cecair untuk melawaskan pembuangan. Ianya sangt manis.

Tapi bagi hanim mengamalkan supplement adalah yang terbaik. Selain memudahkan proses pembuangan, ianya membantu menyalurkn nutrisi pada ibu berpantang dan juga bayi.

Yang terbaik untuk mengelakkan dari terkena sembelit amalkan Set Asas & Ostematrix dari Shaklee.

Set asas Shaklee terdiri daripada Vita- C, B-Complex & Vita-lea ditambah dengan Ostematrix.

Apa Manfaat Set Berpantang Shaklee ni?

Set Berpantang Shaklee mempunyai manfaat serta gabungan suplemen yang mempunyai fungsi tersendiri yang terdiri daripada :-

1. Vitamin-C (180 biji)

Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang menyusu susu ibu. Ia juga berfungsi untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat serta membantu dalam memaksimumkan penyerapan zat besi untuk penghasilan semula darah di dalam badan.

Kolagen yang terdapat dalam vita-c ni juga membantu dalam membaiki masalah kulit kepala yang menyebabkan keguguran rambut yang kritikal semasa lepas melahirkan anak

2. Vita-Lea (120 biji)

Merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan serbuk nutrisi Spirulina.

Memberi tenaga pada kadar yang segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah kurang tidur semasa dalam tempoh berpantang juga mengembalikan kesihatan menyeluruh tubuh

Ia merupakan imbangan nutrisi yang lengkap dalam menangani masalah kurang selera makan, tekanan darah rendah, kebas-kebas, letih dan lesu.

 

Dan sesuai bagi yang mengalami anemia dengan pembentukan sel darah merah. serta membantu membina darah yang hilang ketika bersalin agar ibu cepat naik seri, sihat dan cergas.

 

 

3. B-Complex (120 biji)

Mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% Biotin dan Asid Folic bagi membantu menambah selera makan, mengurangkan Stress.

Ia juga menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan serta membantu ibu agar lebih bertenaga.

 

B-Complex juga memberikan perasaan tenang kepada ibu agar menghindari kemurungan, meroyan, melancarkan penghasilan susu ibu.

 

 

4. Ostematrix (120 biji)

Ini adalaha sejenis Kalsium. Mengandungi Kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, Zinc, kuprum, manganes dan baron.

 

Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

 

Ostematrix ni antara element penting bagi ibu menyusu dan juga bayi anda.
Selain itu ianya terbaik untuk ibu-ibu yang mengambil suntikan epidural.

 

Selain itu ianya memudahkan untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah sembelit dan proses melawas. Ostematrix sangat disyorkan bagi yng punyi masalah sembelit selain ibu berpantang. Dengan 4biji setiap malam sebelum tido esok pasti mudah untuk membuang.

 

 

4. Alfalfa (300 biji / 700 biji)

Ianya adalah medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

 

Syhrol Hanim binti Mohamed Farook,
agen sah Shaklee

 

Thank you, Puam Hanim Farook :) No. fon beliau : 016 6306007

 

Puan Hanim agen yang boleh dipercayai.

Kalau ada masalah dengan dia, saya tau mana nak cari dia... dia ni sedara mara belah suami saya. hehehe

 

 

 

Derita Lepas Bersalin #5: bad mood awan hitam.

 

Boleh je awak google penyebab kemurungan,

 

ataupun jenis kemurungan,

 

banyak juga artikel "5, 10, 15 cara elak kemurungan postpartum"...

 

tapi di blog post maksotong ni, awak akan tau apa yang biasanya ibu2 lepas bersalin akan fikir dan rasa. 🙂

 

Dan dibawah pula saya akan bagi satu cara elak kemurungan....

 

cara yang blog lain tak pernah sentuh, tapi paling power 😉

Okay, sedia?

 

Pemikiran dan perasaan ibu baru bersalin

1) Rasa tak berguna

Ye, patutnya ibu baru akan rasa happy dapat baby baru. Tapi orang tak beritau...

 

yang... dengan kehadiran bayi baru, ibu tak akan ada masa nak kemaskan rumah ataupun memasak, apatah lagi bersolek.

 

Haaa, bayangkan pula ada anak2 lain yang kena dijaga. Lagi parah.

 

Kalau awak seorang yang perfectionist (nak sempurna ja semua) dan high achiever (nak tip top)... bersedialah. Awak akan rasa tak berguna dan tak produktif.

 

Jadi, surirumah yang fikir nak buat part time job.. sebelum baby umur 6bulan. kuburkan lah mimpi tu dulu. Esok2 gali balik impian tu. huhu

 

Sebab tak boleh urus rumahtangga:

+ bayi baru perlukan perhatian sentiasa. Berak, susu, berak, susu, kalau kembung perut? Dua2 menangis.

 

+ ibu sakit dan lemah dan berpantang

sakit digunting, czer, dan lemah sebab penat beranak dan kena jaga bayi baru...

 

 

Perasaan

ke-2) geram ataupun dengki

 

Babi adalah bos.

 

eh silap. typo.

maksud saya...

 

Bayi comel kesayangan itu adalah bos baru awak.

 

Awak nak buang air besar?

Bos melalak macam kena pukul.

 

Awak nak makan?

Sorry ye, bos nak susu. SEKARANG!

 

Awak nak sidai baju?

Jangan lupa pakai ring sling Maksotong. 😎

 

 

Awak nak tidur?

Haaa sekejap, saya gelak besar dulu.

HAHAHAHAaaaa! Good luck, awak.😚😂

(Jangan benci saya...)

 

Jaga anak ni adalah satu kerja 24/7.

 

Bila tidur tak cukup, buang air tak puas, dan sentiasa lapar,

mula lah setan membisik...

 

"Suami awak tu nak tengok tv -- no hal. Eh eh, ko tengok dia tu, makan on time, tidur puas, wangi je..."

 

Dan bila suami cakap dia penat kerja,

 

ada je bisikan "ko lagi penat lah

buduhhh itu pun nak complain" 😅😅😅

 

Dan bila bergaduh kecil dengan suami, mulalah bisikan setan:

 

"bayi ni lah punca ko gaduh. bayi ni merimaskan lah."

 

 

Jika perasaan2 ini dilayan berhari2, mood awan hitam akan muncul pelahan2.

 

Ini berdasarkan pengalaman saya semasa mula2 jadi ibu... dan juga realiti kebanyakan ibu.

 

Ilmu pengetahuan itu penting. Dan saya tebalkan muka demi kebaikan awak :)

 

Kalau awak fikir saya bagi nasihat macam mak nenek... memang saya emak nenek. Take it or leave it. 😋

Cara elak kemurungan:

Berdasarkan buku Hardwiring Happiness (menyelaraskan -- tetapan otak untuk kebahgiaan --- skema sangat),

 

Berdasarkan buku ini,

orang yang happy go lucky je adalah disebabkan sudah menjadi tabiat dia "menyedut" dan menikmati saat2 gembira.

 

Erti lain: bila kita bersyukur dan menghargai sekitar kita, lama2 kita menjadi happy-go-lucky. Asyik tersenyum je.

 

Bersyukur = emosi

happy-go-lucky = mood

 

Bersyukur x10 ----> happy mood on default

 

 

Dan yang sebalik pun benar:

merungut, sedih dan emosi2 negative x10

----(lama2)-->mood kemurungan/depressed

 

Oleh itu, awak,

Satu cara paling power mengelak meroyan lepas bersalin, adalah set-kan mood default awak sebagai happy.

 

Kiranya, set-kan theme  "android fon" awak sebagai happy theme.

 

 

Caranya? 

Jadikan tabiat

mencari kebaikan

dalam kehidupan harian.

 

sebelum dan semasa mengandung, pastikan awak rekod 3 perkara yang mengembirakan hati awak --- setiap hari.

 

Berdoa dan meminta Allah terima kesabaran awak bila ada dugaan.

 

Dan last sekali, berhenti merungut dan  bersyukur dan juga mencari hikmah disebalik kesusahan. 

 

Jadikan emosi gembira sebagai tabiat. 😘☺️

 

 

Konklusi

5 jenis derita dan cara mengelak:

1) Sakit bengkak susu --> pam keluar susu lebihan. Jangan pam sebelum baby muncul.

 

2) Organ prolapse --> kuatkan otot2 bahagian abs dan otot lantai pelvik.

 

3) Keguguran Rambut Teruk --> sapu minyak campuran pada kulit kepala, kawal emosi, pemakanan berkhasiat dan jangan buat hair treatment.

 

4) Sembelit --> jangan tahan dan pastikan pemakanan sihat.

 

5) Kemurungan --> tanam tabiat bersyukur

 

 

Semua tips di atas ...

tak lengkap jika awak tak tau cara bersalin tanpa digunting perineum.

 

E-buku Bersalin first time tanpa koyak atau digunting boleh didapati secara percuma :)

 

Tengok di menu atas sekali tu, awak :) Tekan menu "PERCUMA"

 

 

4 Replies to “Elak 5 Kesakitan Ini Lepas Bersalin

  1. Interesting bc blog mak sotong ni.. Best dan menarik. Tq share info. Nqk tanya camne kalau prgnt tp. Xbape selera mkn. Mkan ckit je.. Blh x byk air susu.

    1. hai Hanim:)

      Nanti dah beranak, selera akan bertambah…just susukan anak ataupun pam… bila kerap bagi susu, kita automatik akan lapar. 🙂

      tq comment lol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *